Lama dia merenung skrin telefon bimbit Sony Ericsson W910i miliknya itu. ‘Siapa pulak mamat jiwang yang suka ganggu aku ni? Tepat je pukul 10 malam dah startlah tu dengan gangguan-gangguan mental yang dia nak bagi kat aku, Ayatnya jiwang bukan main.’
Andai dapat ku luahkan isi hatiku ini,
pasti kaulah orang pertama yang aku cari,
kerana wajahmulah yang sering bermain-main di fikiranku kini,
sambutlah salamku wahai puteri
‘Geli ketiak aku baca message mamat ni. Tengok tu,siap ade smiley lagi. Apa aku nak buat dengan mesej ni? Tak kan aku nak reply kot, lain macam pulak nanti. Kalau baik hati sangat aku ni, apalah sangat yang aku nak hantar kat mamat ni. Aku ni bukannya reti berpuisi. Biar je lah dia bermadah geli. Tidak kuasa aku nak melayan.’ Lampu bilik ditutup. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa lagi. Badannya yang langsing bagaikan badan Jessica Alba itu minta direhatkan dengan segera. Dia menyelimuti tubuh badannya dengan selimut tebal bercorak bunga-bungaan.
‘Minah ni bukan reti nak reply message. Tahulah dia ni anak orang kaya. Sombongnya bukan main lagi. Buat habis credit aku je hantar message kat dia. Satu pun tak dibalasnya.’ Lelaki itu mendengus marah. Dia menghempaskan dirinya di atas katil yang empuk di dalam bilik tidurnya. Telefon bimbit Sony Ericsson w995 milikya itu direnung lama.
‘Nak kata kaya, kayalah jugak aku ni. Nak kata kacak, adalah iras-iras Jung Eui Chul muka aku ni. Tapi kenapa minah ni tak pernah nak reply message aku? Dia tak suka baca puisi jiwang aku ke? Yelah,perempuan kaya macam dia ni mana nak layan puisi jiwang karat bahasa melayu macam tu. Tahu nak dalam bahasa Inggeris je. Tak boleh jadi ni. Aku kena berusaha keras mencipta puisi bahasa Inggeris yang tiptop!’
__________________________________________________________________
KRINGGGGGG!
Pelajar-pelajar sesi pagi Sekolah Menengah Seri Angsana berpusu-pusu ke dewan perhimpunan yang terletak di Blok C, bersebelahan dengan bilik pejabat. Kelihatan gerak-geri dua orang pelajar perempuan yang berjalan lenggang lenggok bak model Asia memperaga pakaian di atas pentas. Siapa tidak kenal mereka berdua, pelajar perempuan paling berpengaruh di Sekolah Menengah Angsana. Perempuan yang mencapai ketinggian 170 cm, bertubuh langsing, berkulit mulus dan cerah, berambut ikal mayang serta berhidung mancung itu merupakan Eileen Arieda, anak tunggal kepada Tunku Afait Mohd, iaitu pemilik tetap syarikat McKinsey & Co juga pemilik tunggal Sekolah Menengah Angsana. Wajah Eileen Arieda yang mirip rupa paras pelakon Korea terkenal, Keiko Kitagawa itu sering mendapat perhatian orang ramai. Eileen Arieda merupakan anak kacukan Singapura dan berasal dari keturunan Baba Nyonya.
Perempuan yang bermuka bongkak di sebelah Eileen pula merupakan anak bongsu Dato’ Hazim Ifazam yang bernama Afrilla Atia. Afrilla juga sepesis dengan kawan baiknya, Eileen Arieda. Tubuhnya tinggi lampai, berbadan langsing, dan berkulit kuning langsat. Wajahnya cantik dan berseri mirip model Asia terkenal, Leah Dizon. Tekstur rambutnya yang lurus dan digunting mengikut potongan berfesyen layered cut itu memang menjadi kecemburuan gadis-gadis di Sekolah Menengah Angsana.
“Kau tengok dua ekor minah tu. Tergedik sana,tergedik sini. Menyampah aku tengok.” Ini merupakan kata-kata yang sering keluar dari mulut pelajar-pelajar perempuan Sekolah Menengah Angsana.
“Here come the princesses!” Ini pula merupakan kata-kata yang sering keluar dari mulut pelajar-pelajar lelaki Sekolah Menengah Angsana apabila bertembung dengan Eileen Arieda dan Afrilla Atia.
Dewan perhimpunan yang berhawa dingin dengan kapasiti maksimum 3000 orang sedewan hingar-bingar pada pagi itu. Semua murid sibuk berceloteh antara satu sama lain. Terdapat juga pelajar-pelajar yang membaca buku sementara menunggu perhimpunan bermula. Eileen Arieda dan Afrilla Atia mengambil tempat duduk berdekatan dengan pintu utama dewan perhimpunan itu.
“Dia mesej aku lagi semalam.” Gadis itu memulakan bicara.
“Oh,really?Kau buat apa?Kau reply tak mesej dia?”
“Aku…”
“Yes, I sent her a text message last night but she never replied.” Selesai sahaja lelaki itu berkata-kata, semua rakannya mentertawakannya. Lelaki itu berpeluk tubuh dan menepuk bahu salah seorang dari rakan-rakannya,
“Korang janji tak gelak kan tadi?” Rakan-rakanya masih lagi mentertawakannya. Lelaki itu mendengus kecil. Dia memerhatikan gadis itu dari jauh. Kelihatan gadis itu sedang bergelak ketawa dengan kawan baiknya. ‘Apa lah yang mereka tengah bualkan tu.’
“Ya Allah, jahatnya kau ni. Kenapa tak reply je? Kesian mamat tu. Aku baca mesej-mesej dia sebelum ni macam okay je?”
Gadis itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil menguntum senyuman di bibirnya yang merah bak delima merekah.
“Aku tak kenal dia pun. Nama siapa,sekolah mana,umur berapa. Tak kan aku nak layan kot. Jatuh reputasi aku nanti. Macam desperate sangat nak teman lelaki.”
“Well, memang kau desperate nak teman lelaki pun kan? Kau ingat aku tak kenal kau ke?” Dia mencubit bahu teman baiknya itu. Gadis itu ketawa kecil mendengar kata-kata kawan baiknya.
“Well, having a boyfriend is not always as easy as what you think it is.”
“Look, I have a boyfriend now, okay? Senang je? Tak susah apa pun? Kau tu memang, nak yang kaya, yang kacak je. Kalau tak cukup syarat, kau tolak.”
“Hello, tengok oranglah. Kau tu pun apa kurangnya. Aku rasa kalau Tengku Farid tak terima kau masa kau mintak couple kat dia dulu, kau dah buat cubaan membunuh diri kot.”
“Eh, perlahanlah sikit. Kau ni cakap memang tak boleh cover kan?”
Perbualan dua orang sahabat itu terhenti apabila mereka terdengar suara pengawas mengarahkan semua pelajar berdiri. Perhimpunan pagi itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Sekolah Menengah Angsana diikuti pula dengan bacaan doa dan lafaz ikrar. Selesai sahaja melafazkan ikrar, semua pelajar duduk semula di tempat masing-masing. Usai perhimpunan pada pagi itu, pelajar-pelajar melangkah ke kelas masing-masing. Eileen Arieda dan Afrilla Atia melangkah ke kelas 5 Science 4 yang terletak di bangunan Blok D.
Subjek pertama pada pagi itu ialah subjek Kimia. Eileen Arieda dan Afrilla Atia bersiap-siap untuk turun ke makmal Kimia.
“Afrilla, kau turun dulu boleh? Aku kena jumpa Anis kejap. Lupa pula nak pulangkan novel dia ni.” Afrilla sekadar mengganguk lalu melangkah ke makmal Kimia sementara Eileen tergesa-gesa ke kelas Anis iaitu kelas 5 Science 3. Kelas 5 Science 3 terletak di Blok B, berhadapan dengan Blok D. Eileen melangkah dengan laju kerana takut terlambat untuk subjek Kimia.
“OUCHHHH!” Eileen berteriak dengan kuat. Buku-bukunya jatuh berserakan di atas lantai koridor.
“Sorry, saya tak sengaja.” Lelaki itu meminta maaf berkali-kali. Dia yang sedang terpusu-pusu untuk ke bilik guru dengan tidak sengaja telah terlanggar Eileen Arieda. Namun, dalam keadaan kecoh begitu, dia tidak tahu siapa yang dilanggarnya.
Eileen mendongak ke atas, matanya memandang tepat anak mata lelaki tersebut. Mata lelaki itu yang coklat berkilauan memandang anak mata Eileen tanpa sebarang ekspresi.
‘Eileen Arieda? Habislah aku….’ Jantungnya berdegup laju. Perasaannya bercampur-baur saat itu. Rasa nak melompat ada, rasa malu ada. Macam manalah boleh langgar dia ni?
“Awak ni tak nak tolong saya ke?”
Mata lelaki itu berkedip-kedip. Masih tidak percaya bahawa gadis idamannya yang tidak pernah membalas mesejnya berada di hadapannya kini.
“Hello, anybody home?”
Lelaki itu tersedar dari lamunan. Dia tersenyum kecil melihat muka Eileen yang sedang menahan marah kerana pertanyaannya tidak dilayan.
“Sorry.” Dia membantu Eileen berdiri dan mengutip buku-buku Eileen yang berserakan di atas lantai. Eileen menepuk-nepuk kain sekolahnya yang sedikit kotor.
“Thanks. Lain kali jalan elok-elok sikit okay?” Eileen mula mengatur langkahnya namun langkahannya terhenti apabila lelaki itu memanggil namanya. Dia memalingkan pandangannya kepada lelaki itu yang kelihatan kalut.
“Apa?”
Lelaki itu menghulurkan novel di tangannya kepada Eileen.
“Buku awak kan?”
Eileen mengambil buku tersebut.
“A’ah. Fuh, nasib baik. Kalau hilang buku ni tak taulah apa jadi. Thanks again.” Eileen melemparkan senyuman manis pada lelaki tersebut. Jantung lelaki itu berdegup kencang. Hatinya bagaikan dilanda siklon tropika pada saat itu.
“Kenapa kalau buku tu hilang?”
“Ni buku kawan saya. Saya kena pulangkan balik kat dia. Awak kenal Anis Syafiqa?”
Lelaki itu berfikir seketika.
“Oh, Anis Syafiqa. Dia sama kelas dengan saya. Saya boleh tolong berikan buku tu kat dia kalau awak nak.”
“Hah, baguslah. Boleh sangat-sangat. Terima kasih yer.” Eileen menghulurkan novel di tangannya kepada lelaki tersebut. Tangan lelaki itu meremang kesejukan apabila tersentuh sedikit kulit Eileen Arieda yang lembut seperti kapas.
“Where Rainbows End? Awak pun baca novel ni?” Lelaki itu memerhatikan buku di tangannya. Belum sempat Eileen menjawab pertanyaan lelaki itu, tiba-tiba loceng waktu pertama berbunyi.
“Alamak, saya dah lambatlah. Saya pergi dulu okay. Bye!”
Lelaki itu terpinga-pinga kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya dia pada waktu itu. Tiba-tiba dia teringatkan senarai kedatangan pelajar-pelajar kelas 5 Science 3 di tangannya. Dia menepuk dahi dan pantas menyusun langkah menuju ke bilik guru.
“Kenapa kau lambat? Nasib baik Puan Fazira tak masuk lagi.” Afrilla membebel sambil menghulurkan kot makmal kepada Eileen. Eileen menyambut huluran Afrilla sambil tersenyum sendiri. Peristiwa sebentar tadi bermain-main di fikirannya. Walaupun dia tidak mengenali jejaka tadi, namun hatinya berasa redup melihat wajah manis jejaka itu. ‘Wahai hati, perasaan apakah ini?’
“Kenapa tersengih-sengih ni?” Afrilla menyoal.
“Err, nothing.” Eileen berpura-pura membaca buku teks Kimia di hadapannya. Hanya matanya yang menatap buku itu, tetapi fikirannya melayang entah ke mana.
Afrilla menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia berasa pelik melihat perangai Eileen.
“Baru jumpa prince charming ke kak?” Afrilla menduga.
Eileen menepuk mesra bahu Afrilla. Pipinya merona kemerahan.
“Mana ada! Pandai-pandai buat cerita.” Eileen menyangkal kata-kata Afrilla.
“You can’t hide anything from me. I am your best friend.”
“You know nothing so shut up.”
“Whatever darling.”
Tiba-tiba meja mereka diketuk oleh seseorang. Mereka berdua mendongak ke atas.
“Kamu berdua ni tak boleh diam ke?”
Eileen dan Afrilla berpandangan antara satu sama lain. Serentak mereka berdua ketawa melihat muka Puan Fazira yang sedang menahan geram.
“Sorry teacher.” Sisa-sisa ketawa masih lagi kedengaran dari mulut mereka.
Puan Fazira menggeleng-gelengkan kepalanya melihat kelatah dua orang anak muridnya itu.
‘Susah betul nak melayan perangai anak orang kaya.’
_____________________________________________________________________
Tuesday, November 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)















No comments:
Post a Comment