To you, this I write
My love for you grows,
But grows out of sight.
No hint of a clue
To you will I send
Sweet words written in secret,
So please comprehend.
Each day we cross paths
and I see you walk by.
My courage escapes me.
I guess I’m too shy.
Dear, what I’d say,
If I could get near,
Soft things I would whisper
In your little ear.
I’d tell you about all
These feelings inside.
How tender I feel
When I look in your eyes.
But for now, here I wait
And you’ll never know.
How much I adore you,
How I love you so.
Dia membaca mesej itu berkali-kali. Bercelaru otaknya memikirkan maksud di sebalik puisi yang diterimanya oleh jejaka yang sering menghantar mesej padanya itu. Puisinya masih jiwang seperti puisi-puisi yang dihantar sebelum ini. Bezanya, puisi kali ini ditulis dalam Bahasa Inggeris pula. ‘Tukar selera pulak mamat ni? Tak faham betul aku dengan dia ni. Each day we cross paths, and I see you walk by? Apa maksud dia ni?’ Dia menutup telefon bimbitnya apabila mendengar ibunya memanggilnya dari ruang tamu. Dia meninggalkan bilik tidurnya lalu berlari ke ruang tamu. Ruang tamu rumah banglo dua tingkat yang berdekorasikan gaya moden itu dipenuhi dengan gelak tawa pada malam itu. Eileen memerhatikan ibunya yang sedang berbual-bual dengan seorang wanita yang tidak dikenalinya. Wajah wanita itu putih bersih dan manis bertudung. Cara percakapannya yang sederhana membangkitkan pertanyaan dalam diri Eileen.
‘Siapa wanita ini? Tak mungkin dia kawan mama. Semua kawan mama kaya-kaya belaka. Tidak mungkin wanita yang sederhana ini ialah kawan mama.’ Pelbagai tanda tanya bermain di benaknya semasa dia menghampiri ibunya. Ibu Eileen, Puan Adrianna memalingkan pandangannya apabila terdengar derap kaki seseorang. Dia tergelak kecil melihat ekspresi anak gadisnya yang kelihatan tertanya-tanya.
“Suria, kenalkan. Ini anak tunggal saya, Eileen Arieda.” Eileen bersalaman dengan wanita tersebut. Kulit wanita itu putih dan halus seperti kapas.
“Eileen, Auntie Suria ni kawan mama semasa di universiti dulu. Eileen selalu main kejar-kejar dengan anak lelakinya di kawasan rumah Auntie Suria semasa Eileen kanak-kanak. Ingat lagi tak?”
Eileen memerhatikan wanita itu dengan pandangan yang pelik. Wajah wanita itu cantik dan menawan. Walaupun mukanya sedikit berkedut, namun wajahnya tetap memukau. Eileen mengalihkan pula pandangan kepada ibunya.
“Eileen tak ingatlah, mama.”
“Tak kan tak ingat kot. Eileen selalu pergi rumah Auntie Suria kat kawasan rumah teres di Pinggiran Indah. Masa tu Eileen tadika lagi.” Bersungguh-sungguh Puan Adrianna ingin mengembalikan memori anaknya semasa anaknya itu masih di zaman kanak-kanak. Namun, wajah blur Eileen mematikan semangatnya.
“Ha, mana Fariel Aidid? Dah lama tak tengok muka anak lelaki awak tu. Mesti dah handsome kan dia?”
Puan Suria ketawa kecil mendengar kata-kata sahabatnya. Dia memanggil anaknya yang bernama Fariel Aidid berkali-kali. Tiba-tiba seorang lelaki terpacak di pintu masuk rumah banglo tersebut. Lelaki yang mencecah ketinggian 180 cm itu memandang Puan Suria dengan ekspresi muka yang mengantuk. Dia tidak tahu mengapa ibunya menyeret dia ke rumah banglo ini. Hilang terus moodnya pada malam itu.
“Ye ibu?”
Eileen melihat jejaka itu. Mata lelaki itu berbentuk bujur sirih dan berwarna hazel. Rambutnya yang digayakan mengikut fesyen seperti baru bangun tidur kelihatan lembut dan hitam bersinar. Kulitnya pula berwarna sawo matang dan ekspresi mukanya kelihatan bersahaja. Apabila dilihat betul-betul, wajahnya sangat mirip dengan pelakon kegemaran Eileen, Kim Hye Seong. ‘Hensemnya mamat ni!’ Eileen cepat-cepat menundukkan pandangannya apabila mata lelaki itu melawan pandangan matanya yang hitam bersinar.
“Eileen pergilah berborak dengan Fariel kat atas. Dulu kamu berdua selalu main sorok-sorok di situ. Mana tahu nanti kamu berdua teringat semula kenangan semasa kamu berdua kecil dahulu.”
Eileen mendengus geram lalu menaiki anak tangga menuju ke bilik tidurnya. Lelaki itu hanya mengekorinya dari belakang. Tiba sahaja di bilik tidurnya, Eileen membiarkan pintu bilik tidurnya terbuka luas. Dia takut sekiranya dia diapa-apakan oleh lelaki itu. Lelaki dengan perempuan dalam satu bilik. Bahaya betul!
“Kenapalah saya kena heret pergi rumah awak? Mak awaklah ni yang suruh.” Lelaki itu mengambil tempat duduk di sofa bersebelahan dengan katil Eileen sambil bersilang tangan. Lelaki itu mencebikkan bibirnya apabila teringatkan peristiwa ibunya mendesak dia mengikut ke rumah banglo dua tingkat ini. Eileen melihat muka tidak puas hati lelaki itu dengan pandangan terkejut.
“Hello, kenapa mama saya yang kena? Entah-entah mak awak tu yang menyibuk nak datang rumah saya malam ni. Kacau orang nak tidur je. Oh ya, siapa bagi awak kebenaran duduk atas sofa tu?” Eileen berasa bengang dengan lelaki yang berperangai bongkak itu. ‘Sudahlah tak kenal dia siapa, selamba je duduk atas sofa aku. Ada ke patut? Macam manalah aku boleh ada kawan baik macam ni semasa kanak-kanak dulu? Tak masuk akal langsung!’
“So what? I can sit wherever I want,so,shut up.”Lelaki itu membalas sambil merebahkan tubuhnya yang tinggi lampai di atas sofa lembut berwarna merah jambu itu dan menjadikan tangannya sebagai bantal.
Mulut Eileen ternganga luas mendengar kata balas lelaki itu sebentar tadi. ‘This guy is impossible!’ Eileen berjalan menuju ke katilnya. Dia mencapai telefon bimbitnya. Terdapat satu pesanan ringkas yang dihantar kepadanya. Dia menekan butang read.
I am your secret admirer,
You are the one I desire.
From the first time we talked, my feelings for you sparked like fire.
Please try to understand,
I am afraid to let my feelings show,
But I don’t want to be left alone.
I just want to hold you close and never let you go.
But so far all I have are dreams of you
I never thought it was possible to fall in love with you.
You are so sweet and caring.
I must be dreaming.
If only you knew that my love for you has been set on fire
But I am trying to be careful,
I don’t want to be left heartbroken.
I am just your secret admirer,
And that’s all I'll ever be.
Eileen tersenyum kecil membaca mesej itu.
“How sweet.” Eileen tersengih-sengih sambil membaca mesej tersebut. Dia terlupa bahawa dia tidak berseorangan di dalam bilik itu. Kata-katanya sebentar tadi telah didengari oleh Fariel.
“Apalah yang sweet sangat tu. Tak faham betul budak-budak zaman sekarang.” Fariel berkata dengan selamba.
Eileen menjeling lelaki itu yang masih terbaring di atas sofa merah jambunya sambil membaca majalah Seventeen juga kepunyaannya. ‘Dahlah duduk atas sofa orang, baca majalah orang pulak tu. Tak boleh jadi mamat ni!’
“Awak tu pun budak zaman sekarang. Tak reti mintak kebenaran dan kurang ajar.” Eileen menjeling lagi lelaki itu. Menyampah dia melihat perangai lelaki itu. Sudahlah tak gentleman, ayat kalau tak menyindir memang tak sah. Harap muka je handsome, perangai macam apa-apa entah. Eileen mencampak telefon bimbit ke atas katilnya yang empuk dan besar itu. Dia duduk di meja belajarnya dan menyambung kembali bacaan novel Bayangan Rindu oleh penulis Anis Ayuni. Tiba-tiba Fariel ketawa sinis.
“Apa gelak-gelak? Dah sewel ke?” Sempat Eileen menjeling Fariel yang dirasakannya sudah hilang akal itu.
“Awak tak reply ke mesej tu? Kesian mamat yang menghantar mesej tu. Buat habis credit dia je. Mesej tak dibalas, buat penat tangan dia je menaip.” Fariel berkata dengan nada sinis. Mata hazelnutnya masih tertancap pada majalah Seventeen di tangannya.
Eileen memalingkan pandangannya pada Fariel.
“Excuse me? Awak nak cakap saya yang bersalah lah ni?”
“Well, memang awak yang bersalah pun. Tak ada perasaan belas kasihan langsung.”
“Saya bukan tak nak reply. Saya tak tahu nak balas apa. Mamat tu jiwang karat. Kalau awak nak, awak ajelah yang reply mesej tu.” Eileen membalas kata-kata Fariel lalu meneruskan bacaannya. Fariel bangkit dari tempat duduknya lalu mencapai telefon bimbit Eileen di atas katil. Kemudian, dia mengambil tempat duduk di sebelah Eileen.
“It’s easy as 123. Pegang handphone ni. Saya nak awak taip apa yang saya cakap, okay?” Fariel memberi telefon bimbit tersebut kepada Eileen.
Eileen memandang Fariel dengan pandangan yang pelik sebelum mengalah dengan Fariel, “Fine, what should I type?”
“Hi, sorry for this late reply. Could you please stop bothering me with those messages? I am very busy now and I don’t have time to entertain you.”
Lelaki itu mengerutkan dahinya apabila selesai membaca mesej yang diterima dari Eileen Arieda. ‘Kenapa dia hantar macam ni? Dia benci sangat kat aku ke? Atau dia tak suka baca puisi-puisi yang aku hantar?’ Lelaki itu baring di atas katilnya sambil melelapkan matanya yang coklat berkilauan. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa lagi. Badannya yang keletihan minta direhatkan pada waktu itu. ‘Terpaksalah aku mengaku kat dia siapa aku sebenarnya.’ Matanya mula beransur-ansur terkatup rapat.
“Dah send?”
“Dah. Tapi teruk sangatlah ayat awak tu. Kesian kat dia tau.”
“Alah, kalau saya suruh awak hantar perkataan I love you macamlah awak nak hantar.” Fariel menuju ke katil Eileen dan merebahkan tubuhnya di atas katil empuk itu. Dia tersenyum sinis melihat wajah Eileen yang masam mencuka.
“Kenapa pandang saya macam tu? Awak nak salahkan saya ke? Awak takut dia tak hantar puisi-puisi romantik tu lagi? Saya pun boleh rekalah puisi-puisi macam tu. Kacang je.” Fariel melelapkan mata bujurnya sambil tersenyum sendiri. Eileen memandang Fariel dengan pandangan meluat. ‘Dia pun reti reka puisi-puisi romantik macam ni? Tolonglah. Mesti puisi yang dia reka penuh dengan sindiran dan kata-kata yang menyakitkan hati je.’ Eileen berbicara sendiri di dalam hati. Dia mengalihkan pandangannya pada telefon bimbitnya di atas meja. Rasa serba salah menyelebungi dirinya. ‘Menyesal aku ikut cakap mamat kurang ajar tu tadi. Hish!’
Sedang Eileen leka melayan perasaannya, tiba-tiba dia terdengar suara ibunya memanggilnya dari ruang tamu.
“Eileen, ajak Fariel turun makan!”
“Okay ma!” Eileen memerhatikan Fariel yang sedang lena di atas katilnya. ‘Dia ni tidur betul-betul ke?’ Eileen mengambil salah satu bantalnya yang bersaiz besar lalu mencampak bantal itu ke tubuh Fariel. “Hoi, bangunlah! Tidur pulak dia.” Fariel masih tidak bergerak. Matanya tertutup rapat. Eileen mengaru-garu kepalanya. ‘Gedik betul lah dia ni.’ Eileen menundukkan badannya untuk mengutip bantal yang dibalingnya sebentar tadi. Apabila dia bangun, tiba-tiba sebuah bantal hinggap tepat di mukanya.
“Haha, score!” Fariel ketawa berdeka-dekah melihat muka Eileen yang merah menyala.
“Kurang ajar!” Eileen membaling bantal di tangannya ke arah muka Fariel tetapi sempat dielak oleh Fariel.
“Okay okay, saya mengaku kalah. Dahlah, saya lapar. Awak tak nak ajak saya turun makan ke?”
“Turun sendiri!” Eileen berteriak sambil menghentak-hentakkan kakinya lalu keluar dari bilik itu.
“Eileen, kejap!” Teriakan Fariel menghentikan langkah Eileen.
“Apa?!” Eileen berkata kasar.
Fariel berdiri di sebelah Eileen. Ketinggian mereka yang berbeza menyebabkan Eileen terpaksa mendongakkan kepalanya untuk bercakap dengan Fariel.
“Saya tak nak ibu saya dengan mama awak suruh kita berdua ingat balik tentang kisah kanak-kanak kita. Memang kita berdua tak kan ingat punyalah. So, kita buat-buat macam dah teringatlah.”
“Nak buat macam mana?”
“Kita buat-buat mesralah. Macam dah lama kenal.”
Eileen menjeling lelaki itu. Sambil itu, mereka menuruni anak tangga sambil berlagak mesra.
“Oh, yang tu ke? Saya ingat lagi. Ha ha!” Fariel berpura-pura ketawa. Dia menolak bahu Eileen. Bibir Eileen yang tadinya muram tiba-tiba mengukirkan senyuman.
“Hah, betullah yang tu. Rumah awak kan ada bunga ros yang besar. Ha ha! Tak sangka betullah.” Tiba-tiba Eileen menjerit kecil apabila Fariel mencubit bahunya.
“Sakitlah! Apa cubit-cubit ni?” Eileen mengusap-usap bahunya yang terasa pedih. Fariel menarik lengan baju Eileen lalu berbisik di telinga Eileen.
“Rumah saya mana ada bunga ros yang besar. Bunga orkidlah!”
Eileen menjelirkan lidah pada Fariel lalu menyambung, “Hah, bunga orkid. Haih, macam-macamlah kita ni masa kecil kan?” Mereka berdua bergelak mesra. Gelak sebab terpaksa berpura-pura ada, gelak sebab kelakar pun ada.
“Tengok mereka berdua tu. Mesra bukan main.” Puan Adrianna dan Puan Suria tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala melihat keletah anak-anak mereka. Di pandangan mata mereka, dua orang sahabat sedang bermesra seperti di masa mereka kanak-kanak dahulu. Namun, hal yang sebenarnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Mari duduk makan, Fariel.” Puan Adrianna mempelawa Fariel Aidid duduk berhadapan dengannya. Fariel mengganggukkan kepala sambil tersenyum pada Puan Adrianna. Kemudian, Fariel menarik satu kerusi dan mempersilakan Eileen duduk di sebelah kanannya. “Come on best friend, have a seat.” Fariel tersenyum manis pada Eileen. Eileen melemparkan senyuman meluat pada Fariel sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Fariel. Malam itu, mereka menjamu selera sambil berbual mesra. Namun, kadang kala Eileen dan Fariel saling menyindir antara satu sama lain. Selepas makan malam, Puan Adrianna mengumumkan suatu perkara yang tidak berapa disenangi oleh Eileen Arieda dan Fariel Aidid.
“Mulai esok, Fariel akan bersekolah dengan Eileen.” Berseri-seri wajah Puan Adrianna mengumumkan perkara itu.
Eileen dan Fariel berpandangan antara satu sama lain secara serantak.
“APA?!” Terkerut-kerut dahi Fariel mendengar berita itu. Eileen pula melopong mulut mendengar ‘ayat-ayat keramat’ ibunya sebentar tadi.
“Ma, no way! He is a big pain, and he is very mean!”
“Ibu, Fariel tak nak! Eileen budak paling mengada-ngada Fariel pernah jumpa!”
Terbeliak mata Eileen mendengar kata-kata Fariel.
“I am not mengada-ngada!” Eileen menjerit sekuat hati.
“Oh, and I am not mean!” Fariel membalas teriakan Eileen.
“You are!”
“So are you!”
“KIDS!” Puan Adrianna menjerkah Fariel dan Eileen yang sedang hebat bertikam lidah. Eileen dan Fariel memandang Puan Adrianna dengan pandangan terkejut.
“We are not kids anymore!” Fariel dan Eileen menjerit secara serentak.
Eileen mencebikkan bibirnya sementara Fariel mendengus kecil. Puan Adrianna dan Puan Suria menggeleng-gelengkan kepala melihat gelagat kedua-dua orang anak mereka itu.
“Both of you are not kids anymore but you guys act like little kids!” Puan Adrianna berasa geram melihat perangai mereka berdua yang keanak-anakan itu. Umur sudah menginjak 17 tahun tetapi perangai masih seperti budak-budak.
“Auntie akan bayar semua kos perbelanjaan sekolah Fariel, okay?” Puan Adrianna tersenyum melihat wajah Fariel yang tertanya-tanya seperti orang dalam kebingunan.
“Tapi kenapa auntie?” Fariel berasa tidak puas hati dengan Puan Adrianna. Dia menganggap Puan Adrianna melayannya seperti orang miskin.
“Auntie nak, Fariel jadi bodyguard Eileen kat sekolah. Boleh?” Kembang kempis hidung Puan Adrianna menyuarakan keinginannya itu. Dia sangat berharap agar Fariel menerima cadangannya itu.
“APA?!!” Serentak Eileen Arieda dan Fariel Aidid menjerit. Turun naik nafas Eileen Arieda dan Fariel Aidid menahan geram. Kepala mereka ligat memikirkan sebab Puan Adrianna bertindak sebegini.
“Ma, kenapa mama ni? Eileen tak naklah bodyguard ni semua. Eileen dah besar. I am seventeen, not thirteen.” Eileen membantah cadangan ibunya sebentar tadi. Dia berasa sakit hati diperlakukan seperti kanak-kanak.
“Eileen kan selalu sibuk dengan aktiviti ko-kurikulum. Kalau Fariel ada, senang sikit Eileen nak balik rumah. Eileen boleh jalan kaki dengan Fariel.” Puan Adrianna berkata sambil tersenyum pada anak tunggalnya itu. Dia yakin Eileen pasti akan bersetuju dengannya. Malangnya, Eileen masih lagi berdegil dan berkeras tidak mahu menerima Fariel sebagai ‘bodyguard’nya. ‘Buang tabiat apa mama aku ni?’
“Alah mama, driver papa kan boleh jemput Eileen dari sekolah. Buat apa bayar Pak Tam tu kalau dia tak bekerja.” Eileen teringatkan driver bapanya, Pak Tam. Pak Tam bukanlah seorang yang malas bekerja tetapi Eileen terpaksa berkata begini kerana dia tidak mahu Fariel bersekolah dengannya. ‘Menyampah betul!’
Puan Adrianna mengerutkan dahinya. Dia kehilangan kata-kata untuk menyakinkan Eileen Arieda. Tiba-tiba dia mendapat idea. ‘Pasti dia akan bersetuju.’ Minda Puan Adrianna berbicara kecil.
“Papa dan mama sangat sibuk kebelakangan ni. Tiap hari Pak Tam kena hantar dan jemput kami ke tempat kerja. Tempat kerja papa dan mama bukannya dekat dengan sekolah Eileen. Pak Tam tiada masa nak ulang-alik dari Kuala Lumpur ke sekolah Eileen. Eileen tak kesian pada Pak Tam? Dia kan dah tua.” Puan Adrianna berkata sambil membuat mimik muka sedih. Dia yakin Eileen akan termakan umpannya. Walaupun Eileen seorang yang manja dan sombong, namun hatinya sangat baik. Eileen sudah rapat dengan Pak Tam sejak dia kecil lagi. Pak Tam sudah dianggapnya seperti datuk sendiri. Tidak mungkin dia tidak berasa simpati terhadap Pak Tam.
Eileen mengeluh kecil. Betul juga kata-kata ibunya itu. Pak Tam sudah tua dan tidak berupaya memandu kereta ke tempat yang jauh. Dia tidak sampai hati melihat Pak Tam keletihan. Pak Tam sering belanja Eileen makan ais krim. Kalau Pak Tam dah tiada….. ‘Ish! Fikir bukan-bukanlah aku ni. Bawak kereta pun boleh mati ke?’ Eileen menggaru-garu dahinya. Dia memandang ibunya dan Fariel silih berganti. Puan Adrianna kelihatan menagih simpati manakala Fariel pula kelihatan bingung. Kedua-duanya sedang menunggu kata putus darinya.
“Ma, kalau mama nak carikan Eileen bodyguard, carilah yang berwajah tegas, garang dan berbadan tegap. Fariel ni muka tak menakutkan langsung. Muka dahlah menjengkelkan, kulit putih macam vampire, mata warna hazel. Nanti orang lain ingat Eileen berjalan dengan hantu pulak.” Eileen menjeling Fariel yang asyik memerhatikannya sejak tadi. ‘Apa pandang-pandang? Nak naik juling mata dia pandang aku. Tahulah aku kelihatan cantik bila tengah berfikir. Hehe.’ Isi hati Eileen ketawa kecil. Fariel membeliakkan matanya pada Eileen.
Fariel mengangkat jari telunjuk dan menunjukkan ke kulit mukanya sambil berkata “Ini sawo matang, bukan putih. Awak tu yang putih macam pontianak melompat.” Dia berasa bengang dengan Eileen Arieda yang asyik menyindirnya sejak tadi. ‘Kalah aku kalau kena berdebat dengan minah ni. Apa dia ingat dia lawa sangat? Takat mata hitam macam biji buah longan dengan kulit putih kain kapan dia tu aku tak heranlah.’
Eileen terkejut mendengar kata-kata lantang Fariel sebentar tadi. ‘Memang cari gaduh mamat ni. Ada ke patut kulit putih mulus aku ni dia cakap macam pontianak melompat?’ Eileen memandang tajam ke dalam anak mata Fariel kemudian berkata dengan nada sinis,
“Fariel, awak ni dungu jugak kan? Pontianak tak melompat, dia terbang. For your informationlah kan.” Eileen ketawa bangga dapat membalas semula kata-kata Fariel. Puan Adrianna dan Puan Suria hanya memerhatikan mereka berdua bertengkar. Malas mahu masuk campur. Mereka pasti Fariel akan membalas semula kata-kata Eileen. Sangkaan mereka tepat. Fariel berdiri dan mengangkat pinggannya sambil melompat-lompat.
“Awak tak boleh terbang, lompat bolehlah. Sebab tu saya panggil awak pontianak melompat.” Fariel melompat-lompat lagi sambil ketawa kecil menampakkan barisan gigi putihnya dan lesung pipit di pipinya. Eileen terkedu. Dia tidak pernah perasan lesung pipit di pipi Fariel sebelum ini. ‘Kacaknya,,,,’ Tiba-tiba Eileen tersedar dari lamunan. ‘Tak boleh! Dia musuh ketat aku. Aku tak boleh pandang dia sebagai seorang yang kacak!’ Eileen memerhatikan Fariel yang sedang melangkah ke dapur rumahnya.
“Awak nak buat apa kat dapur?” Eileen berasa curiga.
“Basuh pingganlah. Tak kan nak suruh tuan puteri pulak kan?” Fariel tersenyum sinis pada Eileen lalu meneruskan langkahnya ke dapur.
Eileen Arieda menepuk dahi. Puan Adrianna dan Puan Suria sekadar tersenyum. ‘Memang macam budak-budak mereka berdua ni.’
___________________________________________________________________________________
Saturday, November 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)















No comments:
Post a Comment